// Strawberry Cupcake



Annyeong Strawberry(s) . Welcome to my Dream World . I'm Siti Nurhanisah , the owner of this Blog . Be nice here and leave your footprints at my Tagboard . Kamsahamnida .




Princess
Hearts
Linkies
Diary





Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Sweet Memories | Sweet Future
Insomnia ??

Assalamualaikum.. 
Korang tahu apa maksud Insomnia? Insomnia bermaksud sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur. Pelik kan! Kenapa tetiba Nisa post pasal benda ni. Haha. Sebenarnya, sejak akhir-akhir ni, Nisa susah sangat nak tidur. Kekadang sampai kol 3 lebih 4 lebih barulah boleh tidur. Tu pon tak selena seperti sebelum ni. Jadi Nisa try la tengok dekat internet ni. Nak tahu punca and cara nak mengatasi. Nasib baik jumpa. 
Untuk pengetahuan korang, Insomnia ni ada 2 tahap. Tahap I sukar nak tidur tidak disebabkan ada penyakit. Manakala yang tahap II pula sukar tidur sebab ada penyakit.  
Punca sukar nak tidur :
1. Tekanan dan Kerisauan sesuatu perkara.
2. Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur.
3. Perubahan masa tidur.
Nisa bagi 3 je cukup kan? Malas nak taip bebanyak. Hihi. Kalau nak tahu lebih lanjut, cari je dekat internet. Mungkin lebih faham. 
Cara nak mengatasi:
1. Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal. 
2. Tidur pada waktu yang sama setiap hari.
3. Elakkan tidur pada waktu tengah hari.
4. Melakukan senaman lebih kerap.
5. Belajar menangani tekanan.
6. Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
Kepada kengkawan yang mungkin sama macam Nisa, boleh la ambil tip dekat atas tu. 
Nisa sertakan doa kepada yang sukar nak tidur. 
Maksudnya : "Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini."
Hadith Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni

Hope, lepas ni senanglah Nisa nak tidur. Menderita tau! T___T