// Strawberry Cupcake



Annyeong Strawberry(s) . Welcome to my Dream World . I'm Siti Nurhanisah , the owner of this Blog . Be nice here and leave your footprints at my Tagboard . Kamsahamnida .




Princess
Hearts
Linkies
Diary





Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Sweet Memories | Sweet Future
adakah aku bersedia melihat dunia pada tahun 2013?

Assalamualaikum and good evening guys :)

dah sekian lama aku tidak meluahkan perasaan di sini. kekok rasanya. nak tutup tapi sayang. maafkan aku kerana hanya menggunakan kau disaat aku perlu sahaja. hm guys, harini merupakan hari jumaat yang terakhir bagi tahun 2012. ya Allah, sekejap je masa berlalu. pejam celik pejam celik, rupanya aku dah semakin hampir dengan kematian. cukup ke iman aku? cukup ke ibadah aku? ya Allah, engkau ampunilah segala dosa ku. engkau terimalah segala ibadahku. sesungguhnya aku hambamu yang lemah dan hanya mampu bersujud kepadamu. 
guys, baru aku tahu betapa susahnya memegang jawatan yang besar. ibarat engkau memegang kaca halus. sedikit sahaja anda genggam, pasti akan pecah dan sukar untuk mencari yang sama. begitu juga dengan jawatan yang bakal aku dapat. bukan bakal tapi sememangnya aku dapat. sekali aku cuai dan leka dengan amanah yang aku janjikan, maka hancurlah kepercayaan yang aku miliki. secara tidak langsung, orang akan memandang serong terhadap diri aku. ya Allah, engkau bantulah aku melaksanakan tanggungjawab dan amanah. engkau permudahkanlah urusanku dan rakan seperjuanganku. ku memohon kepadamu ya Allah. 
jumaat yang terakhir pada tahun ni. that means 2013 akan muncul tak lama lagi. oh dugaan! aku akan menjalani peperiksaan besar tahun depan. spm, aku mohon pada mu, hope kau tak menyusahkan aku. aku tak mampu dan tak kuat untuk menghadapi soalan susah. lagi-lagi soalan tahap satu. umie kata aku patut start sekarang. kalau tak, aku akan menyesal seumur hidup aku. umie siap warning, NO FACEBOOK, NO TWITTER, NO PHONE. masa pmr dulu pun umie ada cakap macamtu. tapi tahu laa kan. tu pmr, ni spm. komfem lagi ketat syarat yang bakal aku terima dari umie. silap-silap, no enjoy. k fine. sememangnya bosan! tapi aku harus terima kenyataan. ni untuk masa depan aku. sekali tersilap langkah, aku dah tak boleh undur. sebab aku bukan macam orang lain. aku mempunyai pendirian aku sendiri iaitu takkan berpatah balik tapi akan menjadikannya sebagai pelajaran untuk diri aku. kalau boleh aku nak kalahkan semua adik-beradik aku. umie kata aku boleh! dan aku percaya kata-kata umie tu. inshaa Allah, aku akan buktikan pada umie, aku boleh berjaya suatu hari nanti. harapan dan angan-angan aku, lepas spm aku nak bawa umie dengan ayah pergi umrah. inshaa Allah! guys doakan aku please! terima kasih. 
to my dear boyfriend, saya percaya awak akan baca entry ni. lambat atau cepat, awak tetap akan stalk saya kan? k sebelum semua benda pelik berlaku, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari awak. seandainya saya sibuk, seandainya saya leka, seandainya saya terlupa sesuatu atau seandainya saya tak dapat melayan awak seperti yang awak harapkan, saya minta maaf sangat-sangat. saya harap awak faham situasi saya. dan saya juga harap awak dapat menerima saya seadanya sepertimana saya menerima awak seadanya sekarang. saya berjanji takkan mengkongkong hidup awak macam dulu. saya tak mengharapkan sesuatu istimewa dari awak, tapi saya hanya memerlukan kesetiaan dan kejujuran awak. tapi jangan laa terlalu jujur. orang kata kalau terlalu jujur, diri sendiri akan menyesal kelak. faham-faham jelaa. sejak kali pertama awak mengeluh dengan sikap saya, saya memikirkan semula semuanya. dan baru saya sedar menipu  dan berahsia bukan jalan penyelesaian yang baik untuk mengecapi kebahagiaan. insyaa Allah, saya akan berusaha untuk menjauhkan diri dari sikap yang macam tu. oh ye, sebelum saya terlupa. terima kasih sebab dah banyak bersabar dengan sikap saya. dah nak 2 tahun bersama, awak tetap mencintai saya. tapi saya nak awak tahu, saya lebih mencintai awak. walaupun saya melayan orang lain, awak tetap bertahta dalam hati saya. dan walaupun awak lepaskan saya suatu hari nanti, saya takkan lupa semua jasa awak selama ni. terima kasih untuk segalanya!
to my dear friends, seandainya aku melupakan korang suatu hari nanti dan tak melayan korang seperti dulu, aku berharap korang dapat menegur kesilapan aku. dan aku berharap korang akan faham dengan keadaan yang akan aku hadapi. oh ye, korang bantulah aku dalam pelajaran. aku perlukan pertolongan dari korang. hope, sudi beri tunjuk ajar dekat budak yang baru belajar bejalan di dunia nyata. 
panjangnya entry kali ni. haha sorry, aku tak sedar. seronok sangat meluahkan perasaan. walaupun takde orang yang sudi baca, sekurang-kurangnya aku lega meluahkan 30 peratus isi hati aku. aku harap tahun 2013 yang bakal menjelma, akan memberi seribu keindahan dalam diri ini. doakan kejayaan aku tau! semoga, kita sama-sama berjaya di dunia Allah! 
Assalamualaikum :)